Saturday, November 28, 2009

Saya telah dirisik..!!!

Di cot cet sYa PiNk at 5:41 AM
Tarikh : 28 nov 09
Hari : Sabtu
Tempat : Umah ku

























SHAH ALAM - Kejadian berlaku kira2 pukul 5.29ptg,rumah ku di datangi segerombolan pihak2 yang saya kenali.Pihak2 tsebut terdiri daripada Mohd Zulkarnaen serta keluarga dan sanak saudaranya.

Pada mulanya,saya berfikir mereka hanyalah datang untuk beraya aidil adha ziarah menziarahi namun saya dikejutkan dengan berita gempar dari salah seorang saudara memberitahu bahawa mereka datang dengan berhajat untuk merisik saya bagi pihak Mohd Zulkarnaen.Saya seperti melayang ke langit apabila mengetahui berita tersebut.Saya tidak pasti hendak memberi tindak balas yang sewajarnya seperti yang mana saya tonton di dalam filem2.

Akhir kata ,kejadian ini membuat saya berasa seperti taman bunga yang indah.hahahahaha.

Sama cantik sama padan , sama tampan sama jelita , sama muda sama baya , ibarat pinang dibelah dua ibarat merpati dua sejoli bagai raja dan permaisuri ibarat melur dan kenanga ibarat kumbang dengan bunga .Wan nursyahirah melaporkan TV4.Terima kasih.

0 comments on "Saya telah dirisik..!!!"

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♡♥♡♥♡♥♡♥

 

ceritera gadis pink Copyright 2011 PINK sdn bhd Designed by Sya Pink Image by Sya Pink